CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 1 June 2011

DOA PENERANG HATI

:Doa Penerang Hati::Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul, serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

::Doa Mohon diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir::Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMU

::Doa Mohon diberi Kebijaksanaan::Ya Allah bukakanlah kami hikmatMU dan limpahkan kami rahmat dari perbendaharaan rahmatMU Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

:: Doa Mudah Faham dan Hafal::Ya Allah keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakan daku dengan sinaran kefahaman, bukakan bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang

::Doa Mengingati Perkara yang lupa::Ya Allah aku mempertaruhkan kepada MU apa yang Engkau ajarkan kepadaku, kembalikanlah semula kepadaku apabila aku memerlukannya

-------------------------------------------------------
Sebelum itu adalah lebih baik kita memuji Allah, berselawat, beristighfar dengan ikhlas dan yakin. Pilihlah waktu yg afdhal, menghadap kiblat dan merendahkan suara kita..InsyaAllah...~ Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambanya

1 comment: